Urat mata seolah-olah kejang dan tidak dapat menutup mata dengan rapi juga tidak dapat melayan mimpi2 indah sebentar lagi kerana keresahan hati. Lemparan kasih sayang ini tidak tahu hendak di lemparkan kepada siapa lagi. Aku menerima apa yang kamu minta dengan hati yang tulus walau panahannya agak membisa tertusuk dihati. Fikiranku terfikir negative, mungkinkah diri ini hanya merimaskan dirimu yang saban malam harus kamu melayan kerenah ku? Atau mungkin kamu temui insan yang lagi baik dariku?Atau aku hanya dianggap seperti batu?batu yang hanya diguna untuk menjadi alas lompatanmu untuk sampai ke tempat sepatutnya kamu tujui…kejam jika begitu..
Diriku amat yakin bahawa engkau tahu kasihnya aku terhadapmu kerana sejak perkenalan kita dari mula. Tidak nampakah kamu betapa usahanya aku untuk medekatimu setiap hari kerana kamu berada jauh. Aku pernah terfikir akan kebodohan ku melakukan semua itu, tetapi tidak sebenarnya, tidak kerana ia melengkapkan hati ku yang kosong dan mengubat hati ku yang luka akibat perpisahan lalu. Aku juga tidak menyesal walau secebis pun tentang itu. Ingin aku nyatakan aku memang lain daripada orang-orang yang sama macam aku.
Tidak akan aku teruskan tangisan dihati, kerana aku tahu, memberontak sehebat mana pun tidak akan dapat meleraikan sesuatu. Aku kena kuat & turuti segala kehendak kamu walau hati ini amat keberatan. Bertambahlah keberatan bila terlintas dihati apa yang kamu lengkapkan hatiku pada mula perkenalan kita. Aku sangat terharu terhadap segala apa yang kamu lakukan dan aku juga ada memberitahu padamu bukan?. Silih berganti orang-orang mahu mendapatkan aku tetapi aku hanya mengendahkannya kerana hati aku sangat kuat mengatakan tentang dirimu. Buta sungguh cinta itu!!..Aku mengerti niat dihatimu untuk tidak mahu menyakiti hatiku. Lakukan saja apa dimahu asalkan kamu rasa senang dan jangan sesekali lupa akan insan yang mungkin tiada erti ini. Ingatlah, aku akan sentiasa bersamamu jika kamu memerlukan dan tidak mahu kehilanganmu kerana kamu selalu menaikkan semangat ku..aku sayang sama kamu….oyasumi…
Wednesday, February 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment