Monday, January 4, 2010

aku mungkin bayangan

kita adalah berbeza
berbeza dari segala
sama mungkin ada tersedia
akan kucuba kupaskan semua

aku kuat memegang tanganmu
hampir telepas
tp aku masih kuat
hati yang kuat mengikat

aku luahkan apa yg kau harapkan dulu
dulu kau yang harap dulu
dulu kau selalu memaniskan tawarku
dulu kau dulu

apakah aku watak jahat dalam episod cerita ini?
atau aku hanya penyapu sampah yang menyapu sisa gembira
akukah yang tiada istimewa?
mungkin

aku cantik, kau tak cantik
kau cantik, aku tak cantik
kau sengaja, aku terima
diriku yang kurang selalu kurasa

sengajakah kau tidak pedulikan bayangan ini
bayangan melambai agar engkau datang kemari
perlukah aku mencari cahaya terang bagi melenyapkan bayangan
tidak.. kerana aku berpegang pada kata..
kata yang telah kau lafazkan

keikhlasan amat kuat pada masa itu
tp kesegaran tidak seperti mula tercipta
mungkin kerana aku yang megerakkan locengnya
kuatnya bunyi sehingga kau terpaling dan melihat aku bunyikanya
ohh aku masih ada

mereka mungkin lebih ceria
mungkin lebih rasa senang
aku hanya landasan agaknya
landasan untuk mereka jdkan laluan kegembiraan

tp aku tetap gembira
melihat senyum tawa dia
hanya itu menguatkan jiwa
musnahlah kata jika itu tiada

jika kau tiada
aku juga tiada
tiada aku disini
tiada aku seperti ini

jika kau ada
aku juga ada~
kerna aku adalah kau~
kau~

0 comments: