Tuesday, December 29, 2009

pagi yang gelap kini sudah terang..~~

leo d oel

Monday, December 28, 2009

CristhmaS si saNta + PanGkoR si pulaU + CameROn si BukiT





hello my readers~~~merry cristhmas utk kaom2 kristian...semoga santa dtg memberi banyak hadiah n mkabulkan hajat2 ouls..yg xdpt hadiah lg tu tggu la sbb santa on his way kot ataopon tggu je tahun depan~~lalala ;)


*depan pavilion* sungguh mena'rik~~;)




kerabakan mata selama seminggu... mc seminggu(best giler)wahaha.. mata jangkit ngan shawn..aiyoo bengkak mata aku..kena titik ubat pahit tu..yakkk~fabordoshh~~! baek je rabak trus ke pengkor n cameron.. semua planing si aiman n kwn2.. aku ikot je.. bkn ape sama2 mencari keseronokkan hendaknya.. janji dia,dia dan dia happy~~ ;)aku?? pon~~ :)bole tahan la pangkor ni kalo korg nk pegi..kosnye pon xmahal kalo p ramai2 sama2 tong.. neh pic yang sempat aku snap.. kt eman byk pic.. nnt mt lg...

teksi pink~~ko igt ko comel!hehehe..


peserta: jimmy..aiman..azam..aku




aku penat sebenarnye~huhuhu









Cameron yang xsejowk macam dulu~~ otw blik ke shah alam..tibe2 dorg nk singgah cameron.. ok on jew~~ ape saje~~ :)..sepanjang jalan aku tdor....hanya mengunggu tiba destinasi yg dituju...udara masih lagi segar..stobery masih lagi merah. teh pon masih lagi menghijau dibumi cameron.. ohh tuhan alangkah serononknye aku kalo dapat tdow semalam kt sini utk merasa kedinginan pagi.. tp hati cm kusam..rs jaoh..huk huk huk...(tibe2 pulak) ;)okla malas nk mengarot lebey2..tgk la pic2 bwah neh...kt eman ade byk.. diakan ade cybershot huk huk huk....nnt nk mtk lg kt dia..

teh






aiman yg sonok berjalan~~

ok tata~~ semoga korang dapat luangkan masa utk diri sendiri utk berjalan bagi tenangkan hati... kpd yg disygi... sama2 lah kite happy..pulak!~hahaha:)










Thursday, December 24, 2009

kAu

kauABADIdalamHatiKU

Tuesday, December 22, 2009

Jika manusia berbuat kesalahan

Menghakimi orang lain yang bersalah adalah kecenderungan dari manusia, malah yang menghakimi belum tentu mereka orang yang tidak berbuat kesalahan. Tetapi lebih dari menghakimi manusia malah lebih banyak menghukum daripada mengampuni. Jika Anda menemukan kesalahan orang lain tentu menjadi mudah bagi Anda menentukan sikap. Tetapi bagaimana seharusnya sikap orang lain terhadap Anda, jika Anda sendiri yang membuat kesalahan? Renungkan sebelum menjawab ya.

Thursday, December 17, 2009

khamis 17 oktober 2009 30 zulhijjah 1431

bangun 6.50am
te'igt mimpi ngeri semalam
takotnye tp dia marah sedih..ok2~
kurang semangat kerana tiada dia disisi ketika celiknya mata
hati terasa rindu...
xpe..nnti petang atao malam kita jumpa...

bukak lappy
mybank2u.com
gaji dah masuk upenya
wao skali dgn duit 250 tu
bole belanje lebih skit kot..
hehehe
thanks boss..

kerja masih ada..
tp xbyk spt sebelumnya
tenangnya diri melaksanakan tugas
sambil tekilas mukanya sekejap2
kerja disambung semula
tekilas muka nya kembali
hehehe
sentiasa igt
sweet~

perut mula berkeroncong
roti canai ade dimeja
apam pon ade
kak yah yang kasi
thanks kak yah
jom kita makan
tp si dia dah mkn ke?
mkn juga eyh~

cerita pagi ku hanya disini
jumpa kembali petang atao malam nnt..


Monday, December 14, 2009

jumaat~ sabtu~~ ahad~~ wiken ku yg best!~~~

hari ini hari isnin
busy~~oooo busy ooooo lalalalala
fenin~~manyak fenin~~~ oooo lalalala
hari yang lapar



hari ahad semalam yg panas
letih oooo letih ooooo
nonton the princess n frog..
usha almari baju..
mkn domino's pizza bersama housemate tsyg..


hari sabtu kemarin yg lepas
pengalaman bgun pagi yg menyeronokkan di melaka
nyenyaknya tdow...;)
tiada siapa yang mengganggu hati
senangnye hati
pasti kesana lg 1 hari nnti


hari jumaat ohh hari cuti
hari jadi sultan kami
mencari kaen di Nilai surga kaen
membawa hati bersama ke melaka
mencari ketenangan bersama
melupakan segala keserabutan kepala
hanya memikirkan kegembiraan bersama
hati melonjak gembira melihat percikan bunga api ketika bersama
mencari 1 kenangan yang tak akan dilupa
hanya bersama


*pic tggu nnt eyh

Thursday, December 3, 2009

my new sony E .. yeay~~~

allo~~ salam semua... musim tengkujuh.. ujan--->basah---->pening kpala----> demam----> sesema... itu lah aku skrg..hehe... xpela.. mane ade org sehat jew..kan.. ni ha.. dapat pone baru~~ yeay~~ warna putih.. ada butterfly~~...cute kan...weheheh~~ harganya xla mahal sgt... kira tergolong dlm pone2 murah jugak la... suke gile r pone ni.. lebih2 lagi dia yg kasi..hehehe amat bemakna bagi aku.. thanks utk kamu.. "nnt kite p jalan2 eyh?.nak x?..";)

Tuesday, November 17, 2009

aku..:P

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta
Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa persoalan
Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan
Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temuiJawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri

Sunday, November 15, 2009

aku


aku hanya insan berhati kecil..yang datang utk mengisi kegembiraan sesiapa sahaja..
datang dengan kekosongan.. datang dengan kesunyian.. datang dengan harapan..
di dada penuh dengan ketabahan untuk menghadapi kehidupan baru.. untuk mengenal erti kehidupan bersama insan-insan baru... hati kecil diketuk beberapa kali~ degil xpeduli.. kerasnya hati kerna perkara yang terjadi.. tp jauh dari sudut hati.. kelembutan terpancar dan inginkan kasih sayang.. tidak semua yang akan dapat mengcungkil ruang itu terus mngisi penuh ruang untukku... keperitan dialami mungkin sama seperti insan lain.. tp bagiku. amat besar penerimaan nya.. syukur pada tuhan kerna sering menambah tahap ketabahan di dlm diri.. kasih syg yang diberi padaku amatlah aku hargai.. tidak pernah ku jangka sebesar ini pemberiannya.. hati seperti selesa dengan kasih sayang yg diberi.. keras masih tidak dapat dihakis.. dan lama kelamaan keras itu dihakis oleh keyakinan yang diberi.. hati seperti jatuh diatas ribaan nya.. segala apa yang ada adalah hak milik nya..kepura-puraan kekuatan dulu juga telah tehapus...Ku curahkan semua harapan ku yang ada,Kerana ku terlalu menyinta.. janji diikat bagi melengkapkan kasih syg.. kata-kata manis sering didengar..kegembiraan mula terpancar setelah lama di simpan..ketabahan mungkin tidak diperlukan lagi kerana kegembiraan telah melebihi tahapnya.. oohhhhh indahnya...aku oohh aku...keraguanmu???.. apa yang harus ku lakukan?? semua telah ku beri.. Puas sudah meneka hati mu,Tiada ku temui..Jawapan mu yang pasti,Yang memberi ketenangan diri... putus asa telah jauh ku lemparkan.. ketabahan?? amat ku perlukan lagi... untuk menemani diri.. Keteguhan cinta ku pada mu..Membuat ku tak merasa jemu...membuat ku kuat untuk bersama mu... membuat ku hilang timbangan jika mu tiada...aku dengan hati ini.. sentiasa kuat untuk aku terus hidup.. menyanyangimu adalah satu tanggungjawab yang telahku selitkan dalam hidup ini.. kerana aku tiada siapa-siapa.. hanya engkau teristimewa... yang datang dengan kemanisan.. menselimutkan hidupku ku dengan keselesaan.... ku rindukan kata-kata manis..kata-kata semangat..janji-janji manis..rayuanmu..serta belaian dulu...senyuman ikhlasmu...yang dulu kau berikan..yang menguatkan aku..yang membuatkan ku membuka mata bahawa kau adalah insan itu....rindu...rindu..rindu... ;(

Tuesday, October 20, 2009

fd~

Wednesday, October 14, 2009

coming soon~

saLAm saYANg unTUk sEMua.
suDAh lAMa tidAK beRSua~~
naNTikan keMUNculan ceRIta-ceriTA meNARik darIPada LEo..

COMING SOON-------------->>>
http://leokuchinaha.blogspot.com

Thursday, September 3, 2009

Sinar Ramadhan


Senyum fajar 1 Ramadhan
Diiringi niat berpuasa sebulan
Seisi alam berzikir
Mentari bagai tidak sabar menyuluh bumi
Bugar pagi menyaksi penghuninya tersenyum
Kerana niat amalnya kerana Allah

Bergegaslah umat pada malamnya
Berbuka sekadarnya mengikut sunnah
Mengatur langkah berjemaah mengadapNya
Telah datang sinarnya
Karnival ibadat besar-besaran
Berlokasi seluruh dunia
Tapak amal yang mesti direbut
Terbuka kepada semua orang Islam yang “berakal
Ganjaran lebih dari seribu bulan
Dan yang lebih menarik menanti di “ sana
Dalam bahasa aturcara yang mudah :
Setting Niat mu
Upgrade Iman mu
Download Sabar mu
Upload Usaha mu
Delete Dosa mu
Update Doa mu
Top Up Ilmu mu
Add Redeem Pahala Dengan Tarawikh
Protect Virus Tamak Ketika Berbuka
Edit Sikap mu
Telah datang kepada hamba
Bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia di sisi Allah.

Hari-harinya adalah hari-hari paling utama.
Malam-malamnya adalah malam-malam
yang paling utama.
Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
Inilah bulan kita diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya.
Di bulan ini nafas-nafas mu menjadi tasbih,
Tidur mu adalah ibadah,
amal-amal mu diterima,
dan doa-doa mu diijabah.

Berdoalah dalam solat penuh syukur
Itulah saat-saat yang paling utama dan sangat indah
Yakni ketika Pencipta cinta memandang dengan penuh kasih;
Dia menjawab ketika hambaNya menyeru
Menyambut ketika hambaNya memanggil,
Dan Dia meliputi rahmatNya
Mengabulkan doa ketika hambaNya meminta.

Sinar Ramadhan
Membuka bersamanya pintu-pintu syurga,
Berdoalah
Agar ia tidak akan tertutup untuk kita
Pintu-pintu neraka tertutup,
Bermohonlah
Agar ia tidak akan pernah dibukakan bagi kita.
Syaitan-syaitan terbelenggu,
Mintalah
Agar ia tidak lagi menguasai kita

Dan akhirnya Ramadhan tetap berlalu
Meninggalkan sinar yang galak bercahaya
Terpancar keinsafan seorang hamba
Moga imannya terus menyuluh
Hingga Ramadhan seterusnya

Wednesday, September 2, 2009

doctor fish..;p




urutlah kaki di uptown shah alam... doctor fish.. rm5/30min .. anda patut cube!~~

when u believe~~

Many nights we prayed
With no proof anyone could hear
In our hearts a hopeful song
We barely understood
Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains
Long before we knew we could

There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe somehow you will
You will when you believe

In this time of fear
When prayer so often proves in vain
Hope seems like the summer bird
Too swiftly flown away
Yet now I'm standing here
My hearts so full, I can't explain
Seeking faith and speaking words
I never thought I'd say

They don't always happen when you ask
And it's easy to give in to your fears
But when you're blinded by your pain
Can't see the way, get through the rain
A small but still, resilient voice
Says hope is very near, oh
There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe somehow you will
Somehow you will
You will when you believe

doblas ramadhan~~

salam semua... pejam celik pejam celik... dah doblas ari rupenye puasa.. actualy byk benda nk diceritakan sblom ni tp masa tidak mengizin kan tambah pula xpandai sgt nk mengayat.. ;) so arini, nak pendekkan jela cerita yg lepas sbb cerita pada hari ini dan yg akan datang sudahpon menunggu untuk dipost.hilang pulak idea kang.hehe


1. tuhan selalu menguji hambanye untuk memberi kesedaran supaya mengingati tuhan. dan kematangan seseorg akan tercetus setelah melalui segala dugaan.aku redha, selama seminggu lebih aku demam. igtkan demam biasa, rupenya demam denggi.. huhh.. penat+letih+mual+pening+batuk+sesema+muka pon pucat..ya allah~~. dalam kepala asyik terpk H1N1. takot sgt, kematian semakin meningkat hari demi hari disebabkan h1n1. syukur alhamdulliah.. aku xkena h1n1. tp dijangkiti denggi, pon bahaya jugak.. platlet darah naik turun tidak menentu..hari2 dicocok, amik darah, pagi amik darah petang amik darah lagi. macam tu lah selama 6 ari... sampai dah xrasa dicocok bile masuk jarum.. badan kurang air. 3 botol air, doctor masukkan dlm badan aku.. huhh.. tuhan... lemahnye aku rasa...hari yang ke 7, aku dah rasa segar sedikit, syukur ya tuhan.. kau panjangkan usia ku... alhamdulillah...


2. dalam keadaan demam ini juga aku lalui kepedihan. tp aku xbole lemah, aku harus kuat hadapi semuanye dan aku memang kuat....jika tidak, aku mungkin dalam proses musnahkan diri sendiri... dan aku juga perlu menerima kenyataan , tidak perlu korbankan diri sendiri sehinggakan hati sendiri bukan sahaja terguris malah sudah luka menusuk ke dalam..tuhan sahaja yang tahu.. tetapi semua itu ku lakukan hanyalah demi 1 "kasih sayang".. keikhlasan hati utk memuas dan membahagiakan hati setiap insan yang ada didepan mata... hati cukup puas sebenarnya walau sedikit pedih bila melihat org gembira.. tp aku tao... itu silap... kebodohan aku yang terlalu lembut perasaan hati yang boleh memakan diri sendiri... sehinggalah seorang teman memberi nasihat yang bagi aku cukup berguna;


"KADANG-KADANG ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI, KEMUDIAN DIA DATANG KAN PULA GURUH & KILAT, PUAS KITA MENANGIS MENCARI "MANA MATAHARI??? :(, RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI~~"


aku pegang kata2 hikmat ni.. dan aku amat berharap pelangi yang sangat indah akan datang dalam hidup, bukan sahaja hidup ku, tp semua yang ada didepan penglihatan ku..kerna aku sayang kamu smua~~.

Wednesday, August 26, 2009

salam bertemu kembali..

asslamualaikum wbt..

pertama, ampun dan maaf dipinta kerana sudah beberapa minggu aku tidak update blog ini.. bukan malas atau tak ada idea tetapi mungkin busy dan kebelakangan ini aku byk mengalami tekanan hidup ditambah pula sakit. sekarang, syukur aku kepada allah kerana telah diberikan kesihatan yang baik dan mungkin masalah pada diri sudah berakhir hendaknya.




banyak yang ingin aku kongsi bersama. aku akan ceritakan semuanya pelan2 ye.. first thing, disini aku ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN ALMUBARAK kepada semua umat islam terutama kepada keluarga dan sahabat yang dikasihi. semoga ramadhan ini memberi seribu erti kepada kita dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Dan aku dapat rasakan setelah 5 hari perpuasa, banyak memori sedih dan suka juga sakit aku tempuhi. aku terima dugaan yang diturunkan oleh allah. semua ini akan mamatangkan diri aku dan sebagai panduan dimasa akan datang.

aku nak cerita pasal " SANTAI SELAMBA BLOGGER". ini lah activiti yang patut aku ceritakan selepas je SHOUT AWARD kt bawah tu. santai selamba blogger ni actually gathering untuk smua ahli2 blog kwn aku, amirrayyan, aku xjoin pon blog2 dorg ni, yela kau bt blog pon untuk diri sendiri,saje2..hehe.. lepas pada gathering tu la bru kasi tgk kt smua org... masa tu, si amir ni ajak kitorg (aku, kemal landuk) sbb si amir ni pemalu...malu la sgt.hehe... berlaku la pertemuan bt kali pertama dorg yang berlangsung di taman tasik perdana.,,



suasana muram pada mula pertemuan.. sesi kenal mengenal... ade la dlm 15 org kot... aku landuk kemal duk diam je kt blkg, yela kitorg nyebok jew..so malu2 kuching la skit... lps tu, ktorg makan2 la kt pondok tu..makanan dibawa oleh semua yang hadir.. so byk la mkanannye... tp aku kemal landuk xbwk makanan.. tukang makan je..hehehe..yela sape suruh si amir xckp awal2... hahaha...tp dorg ok je...

lps makan ktorg maen.. haaa stat pada detik permainan ni la hubungan antara kitorg semakin mesra dan seolah2 sudah kenal lama.. maen cm budak2 je... CAPKLICAP, BUAYA+BIAWAK, BOTOL, SAMBUNG LAGU, MAEN TANYE2.. haa ni la antara benda yang kami main dan yang paling best maen CAPKLICAP la... nak pecah perot aku duk gelak je... mao xnye dpt je aku jd kepala..ntah hape2 gaya aku bt..siap menari2 lagi... so dorg ikot la gaya aku tu....kesian~~...wahaahahahhaha....

pertemuan kami berlangsung selama 4 atau 5 jam kot.. pertemuan diakhiri dgn sesi bergambar dan tukar2 hadiah...macam biasa la, aku kemal landuk xde la part ni...tgk je..hehehe... sesi bergambar, bersalaman dan bertukar link blog and then kami pulang dengan hati yang gembira sebab dapat kawan baru yang sgt sporting walaupon baliknye ktorg teempuhi jams yang menyakitkan ati.. (time tu perhimpunan ISA..so jalan tutup, jams la jawapnye...errrrr!! rimas!!~) ;p end

Monday, July 20, 2009

shout awards live on 8tv @ stadium putra bukit jalil~~




wehhhh!!! "ko nak p x???...ade tiket lebeh ni!!...jom r ".. kate si landuk kt aku..
ofkos la aku nk p...grandz tu... rushing gile ptg tu.. patot nye kul 630 kena masok tp ktorg smp kul 7.. mane xnye, nk beli brg dulu la.. pastu masok je jalan kt bukit jalil tu... uishhh bkn maen jams lagi... hati panas je.. tgk stadium tu..ye r, igtkan dh xde peluang nk p shout award tu... ade sean kingston lak tu...dkt sejam duk dlm lautan kenderaan...at last lepas gak dgn ketangkasan landuk memandu kereta milik shawn..uhukz.. upenye rmai lg kt luar stadium..apo lgi...kami trus masuk la...hehahe. yeeaaaahhhhhh!!!!!!! meletop!...





Thursday, July 16, 2009

hard time

ia bukan sumthing yg memberatkan akal fikiran aku tapi seringkali aku terfikir dan memikirkan hal ini.

u guys..help me with ur advices..

berbaloikah cinta jarak jauh???


setakat ni...aku katakan TIDAK berbaloi...eh tak...adakalanya berbaloi juga.no..no..no..chop...
separuh berbaloi..aduhai.....(kamo boleh agak kan situasi aku macamana)...huhhh

my baby whity~~~

hiiii..........today i want to show u my love..jeng jeng jeng~~!!!!...BABY WHITY" hehehe... my new moto.. ego s scooter.. :). zrroooommmmmmm.....

hapy besday to kemal..

salam cayang smua...lama xupdate...busy lohh semenjak dua menjak ni... ni pon besday my frenz "kemal" 2 weeks ago..bru nk upload...kek ni pon dah basi...hehehe....ape2 pon sonok dapat calebrate bday membe...wolopon xgrandz mane...tp njoy gile...nnt aku nak gak cmni... kite celebrate sama2 ye smua!!... tq to shawn jd driver, lin tukang masak, jijie tukang bwk kek , kemal tukang potong kek & aku tukang makan...huuu :)...n


Sunday, July 5, 2009

my baby ~~ haziq comey..

satu hari aku ke pre-tahfiz al-ikhlas kt seksyen 3 shah alam.. kwn aku pengurus situ..
ni ha budak ni ha..comel.. :. aku suke bdk2...budak ni pelik skit, diam je.. tanye nama pon xnak jwp..2 kali tanye baru la ckp..tu pon slow je dia ckp...pendiam rupenye budak ni..mesti senang je mak dia jaga dia... aku bt jet kertas masa tu kasi kt dia..sonok tgk dia main,,,teringin pulak nk ada adik kecik.. amik dia la jd adik..bole???hahahaha....smlm pon masa aku p taska tu time bdk kecik ni balik...bapaknye pimpin tgn dia...serempak kt pintu pagar...tekebil-kebil dia tgk aku...bt2 xkenal...cute je...hohhoho...haziq~~~meh kt uncle meh...hahahahaha

Wednesday, June 17, 2009

sowrie~~

SORRY!!!!



UNDER CONSTRUCTION...datang lagi 3 hari..boleh?????

tiada la sia mau bagi alasan bah.cuma sia sibuk 2 ,3 menjak ni...

Saturday, June 6, 2009

camp rock!









Thursday, June 4, 2009

bukan lagu kita (dikala hati berkecamuk nk marah2)




Deras hatiku berkocak

Di langit aku terlihat kamu cam hantu
Gelap malam,teman kamu
Dengan angin meniup cam puting beliung

Ku petik gitar kayu buruk ini
Dengan harapan dia kena hempok dgn gitar ni
Melodi cam sial yang ku cipta
Hanya untuk luahkan benciku padanya

Dan aku terus,
Menyumpah lagu ini untukmu,
Walau kao bt x mendengar,
Lagu ini hanya untuk memakimu,
Arah hidup kamu,
Digambar taik bintang di angkasa
Meletop jatuh ke rumah mu
Terciptalah lagu bodo




not very well......lately~~~

halo...
huiiiii..asyik panas je lately ni kan...dh 3 hari kepala aku duk pusing je...headache dibuatnye... muntah dh 2 kali..
huiiisshhh cm pregnant pulak dah...agaknye la kan cmtu..hehe
huh...blog ni dh lama xjengok...tp update pon xdo makne nye eyh..eden sowang aje yg nengok nye eyh...busy la skrg..cuti2 ni msti la sibok dgn bt benda2 xhelok..hooohooo..xde la...keje2 amal la aku bt..
busy2 pon sunyi gak..sorg je..wehhh mane membe2 r?!!!
balik la~~~aku cm bangang sorg je...modula oblongata dah kembang kencut dah ni akibat kesepian....hoooooo...

pesanan bt memba!

helmi~~going back mesia kan?..bguslah xyah duk london tu..sesema babi la..mcm2..duk msia ni...
lgpon aku tao ko alone kt sane...nnt dh blik text me ya!..le hangout same2...btw jangan ko pulak bawak virus kejadah2 haram tu yek!..heheee...tata

pizow~~nk kena transfer pulak dah....penang katenye.....jaohla.. pegi la pujuk SGM GM M tu smua mintak cancelkan... kalo dpt transfer Klia pon kire ok r tu...dh la nk jmp ko bkn men ssh..ni nk ke penang pulak! 4 kali raya lg bru le jmp kot...tp kalo kena p gak pon..xpe..yg penting kite kawan baek k!. :)

amar~~udah2 la lupe diri tu! aku nyampah btol la... meluat, loya aku dibtnye.. dulu ko laen skrg cm s!@***L opssss sowri.. bengang dowh....ko jgn r jd cmni!sian kwn2....aku pon xbrape tao..dorg yg cite...tp mmg aku sedey r dgn ko... ku sangka intan upenye batu jalan..uikss bole cmtu?hehehe


tp ape2 pon perangai korg..kite ttp kawan eyh... aku sayang kamo, kamo kamo!

Wednesday, May 6, 2009

LAGU KITA

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Wednesday, March 11, 2009

selamat ulang tahun sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Saturday, February 28, 2009

heeeehhaaaaaAAAA!!!!!!!!!!!

saje testtopi pejal...seswai gak kan?!!!..huuu~~~~






afiy bongokkKK!!!!bbooooooooo~~~~








selamat hari raya~~~yeaa~~~






hi my name's _qM_e... kaki ku ade bulu sikit je...
huuwaaaahahahaha....kurang baja organic...tuuiiiiii~~~

Wednesday, February 18, 2009

pintu hatiku~~



salam…rasenye kamu dh mao pegi kot…bersiap lah kamu… pegi la…semoga dapat mengisi masa cuti dengan sesuatu yang berfaedah.. dan yang paling penting jaga diri baek2.. huuuhhhhh…..kosong nye ku rasa skrg…hati pulak dh tertutup pintunya setelah engkau insan terakhir ku buka untukmu… kini kau pergi sudah…aku harus relakan mu pergi walao aku x mahu… terkial2 aku mencari siapa yang boleh menyokong aku untuk berdiri lagi…bukan nya aku tidak bole berdiri diatas tapak kaki sendiri tapi hanya tuhan sahaja yang tahu tentang insan yang lemah lagi tidak tahu kesudahan seperti aku ini…haruskah ku buka semula pintu hatiku untuk insan yang akan datang?..hhuuuhhh letih…sebab aku sudah tao kesudahanan mcm mana…jika xtinggal,kite yang ditinggal atao sebaliknye…mmg dah hakikatnya mcm tu ker?…kenapa camni hidup aku r??!!!!!!..letih la ~~….aku bukan seperti insan laen yang hanya ingin memenuhi nafsu hidup semata-mata..tp aku cuma mahukan secebis kasih dan sokongan untuk aku berdiri dan terus hidup ..juga untuk aku jadikan inspirasi dalam melalui kehidupan seharian… Aku selalu igt “setiap apa yang dijadikan tuhan pasti ada hikmah dsebaliknye”..aku redha dan terima ape yang aku dapat…tp tula, kdg2 mmg letih dan mmg ssh nak cari org yang betol2 kite percaya.. bukan lah nak ckp yang aku ni baek sangat… tp kdg2 mmbuatkan aku rasa takot untuk memberi sepenuh kejujuran kpd seseorang setelah banyak belajar daripada ape yang terjadi… aku tahu, smua manusia mesti bt silap…dan akan sentiasa ku memaafkan sesiapa sahaja yang ada melakukan kesilapan dan aku juga memohon ampun diatas silapku pada sesiapa shj…xkan ku simpan dendam walau sikit pon… dan sekarang..jangan fikir apa-apa lagi…hanya fikir apa yang mungkin akan terjadi di masa depan..dan aku akan kuat untuk merentasi rintangan-rintangan yang bakal tiba…tuhan~~berikanlah aku kekuatan…ampunilah segala dosa ku kerna selalu melakukan kesilapan serta lalai dibuai mimpi hidup…


Aku terdiam sepi…




A Million Miles Away


Here we lay face to face once again
Silence cuts like a knife as we pretend.
And I'm wondering who will be the first to say what we both know
We're just holding on to "could have been"s and we should be letting go.

It feels like you're a million miles away as you're lying here with me tonight.
I can't even find the words to say I can find a way to make it right.
And we both know that the story's ending,
We play the part but we're just pretending and I can't hide the tears
'cause even though you're here,
It feels like you're a million miles away.


matahariku~~

Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.

Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.

Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kerna panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu


cinta ini membunuhku~~

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku


cinta terhalang~~~

Rasa lahirnya impianku
Bila terpandang wajahmu
Lirik senyuman kilauan mata
Memikat memukau jiwa ini
Inginlah aku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
kini Ku sedari ini bukan biasa

Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku idamkan
Kau yang ku puja, kau yang ku sanjung
Kau yang aku perlukan
Kau yang ku sayang, kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta terhalang

Engkau lafazkan perasaan
Setulus hati jiwamu
Penuh kepuasan, penuh bermakna
Memikat hati dan naluriku

Walau ku sadari
Kau tetapkan perasaanmu
Kau berikan cinta yang
Terpendam

Walau ku tahu kita
Tak mungkin bersama
Tetap ku sanjung cintamu yang suci…walau terhalang

Thursday, February 12, 2009


Wednesday, February 11, 2009

assalamualaikum cinta...

Urat mata seolah-olah kejang dan tidak dapat menutup mata dengan rapi juga tidak dapat melayan mimpi2 indah sebentar lagi kerana keresahan hati. Lemparan kasih sayang ini tidak tahu hendak di lemparkan kepada siapa lagi. Aku menerima apa yang kamu minta dengan hati yang tulus walau panahannya agak membisa tertusuk dihati. Fikiranku terfikir negative, mungkinkah diri ini hanya merimaskan dirimu yang saban malam harus kamu melayan kerenah ku? Atau mungkin kamu temui insan yang lagi baik dariku?Atau aku hanya dianggap seperti batu?batu yang hanya diguna untuk menjadi alas lompatanmu untuk sampai ke tempat sepatutnya kamu tujui…kejam jika begitu..

Diriku amat yakin bahawa engkau tahu kasihnya aku terhadapmu kerana sejak perkenalan kita dari mula. Tidak nampakah kamu betapa usahanya aku untuk medekatimu setiap hari kerana kamu berada jauh. Aku pernah terfikir akan kebodohan ku melakukan semua itu, tetapi tidak sebenarnya, tidak kerana ia melengkapkan hati ku yang kosong dan mengubat hati ku yang luka akibat perpisahan lalu. Aku juga tidak menyesal walau secebis pun tentang itu. Ingin aku nyatakan aku memang lain daripada orang-orang yang sama macam aku.

Tidak akan aku teruskan tangisan dihati, kerana aku tahu, memberontak sehebat mana pun tidak akan dapat meleraikan sesuatu. Aku kena kuat & turuti segala kehendak kamu walau hati ini amat keberatan. Bertambahlah keberatan bila terlintas dihati apa yang kamu lengkapkan hatiku pada mula perkenalan kita. Aku sangat terharu terhadap segala apa yang kamu lakukan dan aku juga ada memberitahu padamu bukan?. Silih berganti orang-orang mahu mendapatkan aku tetapi aku hanya mengendahkannya kerana hati aku sangat kuat mengatakan tentang dirimu. Buta sungguh cinta itu!!..Aku mengerti niat dihatimu untuk tidak mahu menyakiti hatiku. Lakukan saja apa dimahu asalkan kamu rasa senang dan jangan sesekali lupa akan insan yang mungkin tiada erti ini. Ingatlah, aku akan sentiasa bersamamu jika kamu memerlukan dan tidak mahu kehilanganmu kerana kamu selalu menaikkan semangat ku..aku sayang sama kamu….oyasumi…

Monday, February 9, 2009

sePeTanG yg benGong...